KLIK

Sunday, November 27, 2011

manusia ni cepat berubah kan?..tambah2 lagi berubah ke arah keburukan. kalo nak berubah kearah kebaikan kemain lg mengambil masa. manusia ni cepat lupa diri. cepat lupa jasa-jasa orang yang pernah support dia ketika susah. bila dah senang manusia tuh la yang dia kutuk macam-macam. alahaiii..manusia oh manusia.. macam-macam ragam. inilah lumrah dunia. ada ketika kita di bawah dan ada ketika kita di atas. ketika kita di atas sepatutnya kita tak lupa siapa atau yang telah membawanya hingga ke atas. sepatutnya tidak bongkak tidak sombong kerana dia sendiri tahu tidak selamanya dia akan sentiasa berada di atas walau sehebat mana kita.kita tidak boleh menolak qada' qadar Allah.. tapi camana dengan manusia yang tidak berfikir sedemikian?..bila hati  menjadi keras seperti batu bila hati jadi hitam, semuanya tidak di endahkan.apa yang ada di dalam hati dan pemikiran mereka ialah aku berjaya kerana diri aku dan usaha aku sendiri. oh sungguh berlagak orang ini. dulu sama-sama comot sama -sama belajar akan erti kehidupan tp bila engkau lebih maju dari aku..lebih berjaya dari aku..kau hina kau kutuk orang dah sama-sama mengharungi susah payah pahit getir melawan arus kehidupan ini??..manusia oh manusia..memang cepat lupa diri. kembalilah ke pangkal jalan..muhasabah diri. aku tahu aku pun bukan seorang yang baik tapi alhamdulillah setakat ini aku masih belom melupakan mereka-mereka yang pernah membantu aku.

No comments:

Post a Comment