KLIK

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru + zaman persekolahan ku

semua orang dah post pasal hari guru. aku lambat sikit. bukan kurang menghargai tapi rajin study. ceewah. hasil didikan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya maka saya kini menjadi seorang yang rajin.hahaha. ini kisah persekolahan saya

1995: bersekolah di tadika KEMAS  an-nisa, kampung kutan. cikgu tadika nama Allahyarhamah Cikgu Zubaidah. seorang yang baik hati dan penuh sifat keibuan. mengajar saya mengenali ABC , 123.... dan seterusnya. tapi beliau lebih di sayangi Allah dan di jemput awal selepas menderita kanser payudara. al fatihah...


1996 : dari TADIKA KEMAS beralih pula ke sekolah agama. TASKI AL-FALAHIAH. maaf terlupa nama cikgu-cikgunya. 


1997-2001: SEK KEB KUTAN.. selamat hari guru kepada cikgu Rabiah yang suka tarik 3 helai rambut studen sebagai denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau terlupa membawa buku rekod prestasi. selalu nya saya kena denda sebab terlupa bawa buku rekod. dari kecil lagi saya memang seorang pelupa :). tidak lupa kepada cikgu Pauzi yang mengajar subjek Sains sehingga saya di anugerahi gelaran "Doctor Muda" beberapa kali dan Teacher Lizaazwati yang mengajar English dan Choral Speaking. Tidak lupa juga buat Cikgu Ghani guru disiplin merangkap guru pengawas yang di geruni oleh pelajar mahupun pengawas sendiri.

2002-2006: Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di MRSM Lenggong, Perak. Cikgu Azni yang masih update perkembangan studentnya sehingga kini, cikgu Ali guru KH yang selalu mengadakan aktiviti masak -masak since kami semua terpaksa mengambil Kemahiran Hidup KMT dan bukan ERT maka tiadalah tempat untuk kami mengasah bakat memasak..kepada Ustaz Khushairi yang telah menjadi orang pertama merotan saya kerana tidak berjemaah subuh di surau, mendenda solat di atas jalan tar akibat ponteng maghrib di surau. huhu..kenangan manis sebenarnya even time tuh solat tak khusyuk sebab marahkan orang yang mendenda. Untuk Miss Faye yang pernah mendenda kami satu geng berdiri di tengah panas  sebab bising menyabut hari lahir kawan. ( time ni dia suruh kami berdiri pakai baju sekolah time orang lain prep dan bagitahu hukuman akan selesai bila dia sudah puas hati. tapi dia balik tidur. nasib baik di selamatkan oleh PK HEM..huhu ). dan special wish to Cikgu Majid yang telah menjadi ayah angkat saya since form1 saya telah kematian ayah. 









2007-2012: Selamat Hari guru untuk lecturer UniKL BMI. walaupun anda di gelar "LECTURER" tapi anda tetap seorang pendidik.



THANK YOU SEMUA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN YANG BERJASA

No comments:

Post a Comment