KLIK

Friday, July 6, 2012

VCO- virgin coconut oil ( nak kurus punya pasal )

hiiii... anda mesti pernah dengar minyak kelapa dara/virgin coconut oil produk catalyst kan?.. atau ada tak antara reader yang dah mencuba?..weekend haritu kebetulan pergi career fair dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ada booth jual produk ni. 

mula-mula masa dia promote tak adalah berminat sangat then tetiba ada seorang customer datang dan beli VCO ni. dia kata bagus. dulu dia banyak jerawat then sekarang alhamdulillah dah agak kurang. selalu dia beli online harga dalam RM40+ include postage tapi semalam dapat dengan harga RM36 je perbotol. Kalau harga biasa RM39.90.. tapi yang kelakar nya.. masa akak tuh kata selera makan dia pun dah berkurang.. saya tetiba macam ada aura dan semangat nak beli.. 

kakak yang promote tuh kata saya beruntung sebab dengar testimoni depan-depan. dia kata kat dalam lappy dia pun ada gambar-gambar customers yang dah berjaya tapi saya katalah.."alah.. dalam gambar boleh mekap".. betol lah kan. tapi kali ini dengar sendiri dari mulut pengguna produk ini so yakin la untuk mencuba.

ini adalah antara khasiat-khasiat VCO yang anda perlu tahu : credit to eazycatalyst


Membekalkan nutrien penting dalam badan
Membekalkan tenaga untuk kecergasan badan
Meningkatkan sistem imunisasi
Menyokong fungsi metabolisma yang sihat
Boleh mengurangkan berat badan
Meningkatkan penyerapan kadar nutrien
Membantu mengurangkan bad cholestrol(LDL) & meningkatkan good cholestrol(HDL)
Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih
Mengelakkan berlaku kedutan kulit
Membantu mengawal diabetes:kandugan gula dalam darah
Mengurangkan risiko sakit jantung
Mengurangkan risiko kanser
Mencegah osteoporosis
Membantu mengurangkan jerawat & masalah kulit berminyak


info lebih lanjut boleh di dapati eazycatalyst


p/s: kalau ada reader yang dah mencuba sudilah komen untuk menceritakan keberkesanan dia baru sebiji makan. nanti bila dah ada kesan saya share cerita dengan korang ye.

1 comment:

  1. Saya pon baru nak try. Hari isnin ni baru kawan hantar barang. X sabar nak tgk hasil die. Huhu

    ReplyDelete