KLIK

Saturday, May 11, 2013

TIPS KURUS DENGAN CEPAT


Beberapa Tips Yang Dapat Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Cepat!!


1. Pastikan anda makan lima kali sehari dan makan dengan kerap dan kuantiti yang kecil supaya kurang berasa lapar.
Pilih makanan yang rendah kalori. Anda digalakkan mengambil makanan seperti biasa dan pengetahuan tentang kalori adalah penting.Ramai yang beranggapan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja boleh menurunkan berat badan. Ini adalah perkara yang silap. Tubuh badan anda masih memerlukan karbohidrat dan lain-lain untuk membakar lemak yang berlebihan di dalam badan.


2. Banyakkan mnum air masak sehari. Sekurang-kurang 2-3 liter sehari.
Lebih banyak adalah lebih baik. Mengapa perlu minum air banyak? Tubuh badan manusia memerlukan air. Oleh itu dengan pengambilan air, toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan cepat. Ini adalah satu rahsia kurus dan turunkan berat badan dengan cepat dan berkesan dan harga amat murah.


3. Lakukan aktiviti pembakaran kalori yang mudah.Ramai yang beranggapan nak kurus dengan cepat hanya makan ubat kurus sahaja tanpa melakukan aktiviti kardiovaskular. Anggapan ini adalah meleset sama sekali. Alasan yang diberikan adalah sibuk,tidak sempat bersenam dan sebagainya. Sebenarnya mereka pun boleh melakukan sambil berjalan-jalan dan semasa kerja. Contoh di pejabat yang bertingkat.Sila pilih tangga daripada lif atau semasa menaiki escalator,apa salahnya anda bergerak menaiki tangga. Berjalan ke tempat kerja juga dapat membakar kalori yang cepat 10-15 langkah yang cepat dapat membakar 1 kalori. Jika tempat kerja anda jaraknya 500 meter anda sudah bakar 30-40 kalori sehari dan ini membantu anda unutk menurunkan berat badan dengan cepat.


4. Kawal habit makan yang buruk. Semasa makan sila pastikan anda minum air masak terlebih dahulu sebanyak 2 gelas. Pilih makanan yang rendah kalori atau makan dengan jumlah yang sederhana. Sebelum ini anda ambil 2 senduk nasi dan cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja dan pilih makanan kateogori hijau seperti sayur-sayuran. Satu cawan bayam hanya ada 7 kalori sahaja berbanding dengan satu potong kek yang mengadungi 200-400 kalori. Jika diet dengan Alpha Lipid SD II, elakkan makan nasi dan buah dan makanan berkarbohidrat tinggi serta bergula.


5. Kenal pasti keperluan kalori anda. Jika lelaki kebiasaan keperluan kalori sehari 2000 dalam masa sehari.Wanita dalam 1500-1800 sehari. Pastikan anda ambil kalori di bawah paras keperluan. Pengurangan 600 kalori sehari dapat membantu anda menurunkan 1 kg seminggu. Mudah bukan.


6. Elakan ketagihan racun putih seperti gula dan garam. Kurangkan penggunaannya dapat membantu anda turunkan berat badan dengan cepat


7. Ambil green tea unutk membakar lemak dan menyingkirkan toksin dalam badan anda. Ia juga dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.


8. Lakukan riadah seperti berbasikal, berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jangan lakukan aktiviti ekstrem seperti berjoging dan sebagainya yang menyebabkan anda penat dan akan mengambil makanan berkalori tinggi. Mulakan dengan aktiviti yang ringan dahulu. Aktiviti skipping contohnya dapat membakar kalori dengan cepat banding berlari.


9. Jangan tinggal makanan anda.Teruskan seperti biasa tetapi ambil dalam kuantiti kecil dan pilih makanan kateogori hijau.


mencari side income bulanan? jemput ke 
dan ketahui cara-cara nya.. 

TAK RUGI  kalau tengok sahaja pun!
tapi... 
LEBIH MENGUNTUNGKAN kalau join



facebook: 




1 comment: