assalamulaikum semua..
Uitm Puncak Alam..I'm Coming..!!!.. huhu ye saya dah masuk ke sana ahad lepas. tapi bukan sebagai seorang pelajar. Tapi menghantar anak buah lelaki saya yang akan mengambil kursus Asasi Sains di sana. Jumaat petang kakak saya sekeluarga telah sampai ke KL.
makanya saya secara tidak langsung telah di lantik sebagai co-pilot yang tak bertauliah oleh abang ipar. di sebabkan saya pun tak tahu jalan ke sana so, my kazen dari Serendah tunggu kami di Tesco Rawang. Untuk ke Puncak Alam kami ikot LATAR. Senang je sebab banyak signbord. Follow je signboard.
pintu masuk UiTM Puncak Alam |
bertolak dari Setapak pukul 8.30 pagi. Tapi sampai ke Puncak Alam pukul 11. kenapa lama sangat ek??.. padahal tak jauh pun. lalu ikot highway bukan jalan kampung.. jawapannyaaa..
kami dah tersesat je Ijok maaa... sebab terlepas simpang exit tadi.
kalau tak silap saya UITM ini masih baru. Pembinaannya masih rancak di lakukan. Berbukit-bukit jalan dia. Fakulti anak buah saya dengan hostel dengan di Angsana 2 agak jauh.
Siap la kamu Azhan ( anak buah ). boleh kurus kamu kalo terpaksa jalan kaki pg kelas kalau kena tinggal dengan bas. jauuuuh... jugak tuh. hahahah...rasakan.
tengah tunggu kazen dari Serendah dekat Tesco Rawang |
bergambar dalam bilik hostel anak lelaki. PENCEROBOH..!! |
sesi beramah mesra . yang berdiri pakai spek itulah bakal mahasiswa Uitm. besarkan.. |
oh ya!. rumet anak buah aku ni budak Kedah. Kecik je orangnya. Bapak budak tu siap tanya lagi.. anak buah saya ni lepasan SPM ke?.. anak buah saya ni besar orangnya.
Besar dan tinggi. Beli pakaian sama size dengan bapaknya. Patotlah tadi fasi-fasi Uitm ingatkan aku yang nak register. Perasan muda jap.
me dengan anak buah ( adik Azhan). tengok la makcik dengan anak buah sapa lagi besar.huhu.. |
view dari bilik hostel Azhan |
so lepas angkut barang kemas bilik semua kami pun chaw meninngalkan dia lah. sempat lah aku bergurau dengan dia. jangan buli rumet dan belajar betol-betol.
tidak terus pulang ke Setapak tapi ke Klang melawat sedara abang ipar. My mak ikot kazen balik Rawang. balik dari Klang kena amik mak kat Rwang pulak. Berjalan sakan kami hari ini.
best..bestt..roomate org kedah yg ramah tamah..hihii
ReplyDeleteorang KEdah ke?..huhu
Deleteuntungnya dia dpt masuk uitm ! hehe
ReplyDeletemasuk dan keluar balik..hihi
Deleteingat kan sis nak sambung stdy nie..hehe
ReplyDeletehiihii.. tengah study jugak ni. tapi kat UnikL
Delete