Hari pertama di kampung. Ada dua hari sahaja untuk settlekan urusan penting. Selepas ni dah puasa malas dah nak merempit ke hulu ke hilir panas-panas. Nanti cepat dahaga. Minum air karang kang batal puasa. Hari ni aku pergi bank untuk settlekan akaun aku. Dulu aku dah pernah bukak akaun kat bank ni tapi aku tak tahu lah masih aktif atau tak lagi.
Ok. akaun aku dah tak aktif. Staft bank tu siap tanya lagi betul ke aku pernah bukak akaun kat bank tu. Haiipp pakcik. Kalau tak betul buat apa la saya nak bersusah payah suruh pakcik check dulu. Ok. Kena bukak akaun baru. Nasib baik cip IC aku takde problem. Kalau tak lagi satu hal nak kena pergi JPN dulu buat IC baru. Semuanya perlukan masa untuk buat semua itu. Aku dah siap isi borang dalam kul 11.45 camtu. No giliran aku 6024. No masa aku ambik tuh 6018. Maknanya lagi 5 orang sebelum giliran aku. Tapi dah skip dua no sebab takde orang.
Then no seterusnya 6023. Datangla pakcik ni dengan bini and dua orang anak. Mak aihh.. lama gila la urusan dia. Percaya atau tak sejam lebih staft bank tu nak kena entertain dia. Ingatkan urusan dia je tapi rupa-rupanya urusan anak-anak dia sekali. Kejap aku tengok dia sign borang. Kejap panggil bini dia plak. Tu tak termasuk anak-anak dia lagi yang nak bukak akaun dan bukak akaun SSPN. Dari staft laki yang entertain, bertukar plak kepada staft perempuan. Lama weh. Dah lah kaunter untuk pembukaan akaun baru 1 kaunter je bukak. Maunya tak hangin aku nunggu lama.. tapi sabar je lah. Nak taknak aku kena settlekan hari tu jugak sebab dah takde masa.
Lagi kesian aku tengok orang-orang yang pegang no giliran 6030 dan ke atas. Dekat kul 2.00 pm baru tiba giliran aku. Kakak kaunter tu mintak maaf banyak-banyak kat aku. Dia pun kata yang staft laki sebelum dia tadi pun dah feedup nak layan pakcik tuh. So nak tak nak akak tu lah yang kena sambung entertain pakcik tuh. Dia kata mesti orang-orang selepas pakcik tuh bengang gila.
Hurmmm.. aku pun tak tahu salah siapa bila keadaan ini berlaku. Salah pihak bank sebab menyediakan kaunter yang tidak mencukupi ataupun pakcik tuh yang buat banyak urusan tapi dengan menggunakan 1 nombor giliran??..
harap bersabar, anda akan dilayan sekejap lagi..
ReplyDeleteterima kasih..
peace:=