KLIK

Monday, July 30, 2012

Captain-T Restaurant (Restoran Kapal di Tepi Sungai Kelantan)


hai semua.. dah lama tak update entry. asyek2 pasal giveaway..segmen je kan. actually entry ni dah lama jadi "draft" dalam bloglist min. ni adalah kisah masa bercuti di kampung hari tu. dua hari before puasa. hari ni dah hari ke 10 puasa kan.. 

hari tu kan selepas tengok perlawanan QPR vs The Red Warriors kat Stadium Sultan Mohammed kami meneruskan misi Jalan-Jalan Cari Makan. dah selalu terdengar dan terbaca pasal Restoran kapal yang kat tepi Sungai Kelantan tu. Bila ada membe-membe tanya pasal restoran tu kami taktau nak komen pape sebab kami belom pergi. So malam tu kami pon buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Restoran yang jadi buah mulut rakyat kelantan buat masa kini tu. 


 nama restoran itu ialah Captain-T Restaurant


Shera tukang promote restaurant

makanan kat sini majoritinya berasaskan seafood. that's why la nama dia Seafood Restaurant kan. korang tanya min sedap ke tak?..hihihi.. maafla tak dapat nak komen pasal makanan dia sebab...

-
-
-
kami minum je. tak makan pun..ceeiittt



eerrkkk...  harga dia..


tulah kami ni jenis taksedar diri berlagak nak masuk kedai makan cam gini. duit dalam poket setiap sorang ada tak lebih dari RM30.00 sebab tak plan pun nak makan kat tempat gini.. 


mana mampuuu...


next time kami datang lagi ok. nak makan kat atas kapal pulak




maka.. terpaksa lah kami order air je..sobsssobss.. harga makanan agak mahal la. mungkin sebab tempat dia nampak exclusive sikit. 


ok..order air je ye kawan-kawan..air pon dah RM8.. tak silap aku takde air yang bawah RM5. if tak silap pandangla.

kami sempat la interview kakak waitress pasal harga makanan. Dia kata mahal sebab kuantiti dia agak banyak. So kalau korang nak order nasi goreng.. bolehla share dua orang. katanya la..mungkin ada blogger yang dah cube makan kat sini boleh share pengalaman. kalau sedaapp..next time datang mesti cuba makanan dia



nanti korang bolehla try ye. kami?.. errkkk tunggula kalau ada orang nak belanja kami datang lagi.




Shera dgn Sam dah termenung tengok menu..haha.. 


posing je la.. nanti nak letak lam pesbuk kan. baru orang tau kita penah makan kat sini ( padahal minum je )


lawa pemandangan waktu malam.. rugi kami makan kat atas darat je. makan kat atas kapal pun harga dia same je. tak apelah next time kita bawak duit banyak-banyak ye





komen: dari air yang kami rasa tu dapat buat kesimpulan.. hmm.. boleyla.. tapi tempat dia memang lawa.

10 comments:

  1. Replies
    1. tak malu ke suruh student belanja orang dah kerje?.. tunggulah nanti gaji i lebih dari RM10 sehari k :)

      Delete
  2. mmg cantiklah tempat ni !

    ReplyDelete
  3. maaf nak menympuk skit, oh restoran baru buka kat tesco kelantan, pmadangan memang le lawa tapi masakan 2 yang kureng skit. Time puasa nie kalu nak pi jln2 klntan pi restoran 4season, nak lepak g kat Res.Ciksiti. Ini pengalaman aku semasa kat kelantan. Soey yer amin stress menyampuk dalam entry nie kalu bab2 mkn bulan pose nie kena le menyampuk.. hahahaha
    http://aminstress.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..bukan pergi jalan-jalan kat kelantan tapi my hometown.. yup..air dia memang kureng.

      Delete
  4. kite xpenah ade chance nk p
    padahal org klate

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelantan kt mana? mana taw kalo dekat-dekat leh hangout kan

      Delete
  5. Fie dduk kelantan, tapi tak pernah g lagi and worst tak pernah dengar. Hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelantan kt mana? mana taw kalo dekat-dekat leh hangout kan

      Delete