KLIK

Wednesday, May 30, 2012

tolong saya..mintak tolong..perlukan pertolongan..

yeaa..!!! dah ada header. 
penat seharian arini. dah berkilo-kilo meter runnning, swimming , jump from one blog to another blog semata-mata nak mencari freebies nih. alahai..kalo lah idea nak mencari pakai pakcik google kan bagus. dari tadi lagi mesti dah dapat..penat..penat..tapi takpelah boleh jalan-jalan kat semua blog yang saya dah follow. semuanya ada header lawa-lawakan. malu pulak rasanya tak ada header selawa diorang. nak buat macamana kreativiti dan cita-rasa masing-masing kan berlainan. 

so finally i got this comelgiler header from blog aisyah farzana. tenkiu dear sebab ada buat freebies header blog yang cutemiutcomeylawa tuh. 

ingat tadi nak pilih yang ni..


no.1..hurmmm... yang ni ke? atau...


no.2..yang ni?.


mana lagi lawa ek?..

Nak Header Baru..

cuba tengok kat atas tuh.. tak ada header kan?.. waaa... saya nak header baru.
ada sapa-sapa yang baik hati tak nak bagi saya header pree..??
saya nak header yang tak berat bila nak loading page. header yang simple je.
header lama besar gedabakk.dan beratt..
saya tak reti buat header..
sekarang tengah blogwalking mencari cara-cara nak buat header..haha terukkan saya.
lalalalala..ada tak "wonderpet" yang datang membantu saya dalam kesusahan??


Saturday, May 26, 2012





bosannay dok rumah. cuti dah seminggu. 
wat benda sama je hari-hari. 
bangun,nadi, makan, wat keje umah, tengok tv, online.bermula dari hari isnin sampai lah hari ni. berulang-ulang rutin harian.. 
maaaaaaaaaakkk cepatlah datang cni. saya dah bosan. 

yes!yes!.. hujung minggu depan mak nak datang. kakak dan anak-anak buah pon nak datang.
 hantar anak buah aku masuk UITM Puncak Alam.
 sambil shopping raya.
 yabedabeduuuuuuuuuu!!!!

#orang lain cuti balik jenguk mak kat kampung. saya?? mak yang datang sini..haha kali ni je. tu pon sebab nak shoppim raya.

Friday, May 25, 2012

testing..testing





testing..testing... huhu saje je nak test camera baru beli. LUMIX. murah je
tapi quality dia bolehla tahan...




jauh testing camera kan.sampai ke sunway sana. 
gara-gara berperang dengan incik mat amin maka 
saya dalam sedar tak sedar telah merempit 
membawa beban yang berat di belakang mat amin jangan marah ohkey
hingga ke sunnwayyyy sana...

belom berkemampuan lagi nak masuk theme park dia. hanya mampu pose di luar sahaja.


maaf.gambar ini bukan berlagak model.tapi telah di snap oleh incik amin ketika saya membelek kasut yang dah tunggu masa nak kena ganti

Thursday, May 24, 2012

setimmmboat



Suka steamboat?.. selalu korang makan kat mana?..seoul garden?..flamming?.. hmmm.. mana lagi ek..tu jelah min tau. Harituh cikgu aida ada promote Malayan steamboat?..hmmm agak menarik jugak. Dia pon ada jugak cerita pasal steamboat kat selayang. Dua-dua min belom sempat merasa. Tunggu incik amin dapat job bolehla nak paw dia..yes!yes!

Harituh min ada bersantai steamboat di Santai. Bersantai steamboat di Santai??..actually Santai tuh nama restoran kat belakang college min ni. Sebelum ni tak tahu pon boleh bersteamboat kat situ. 











Murah memang murah tapi bagi min takpuas lah sebab makan limit. Pewot besau mana nak puas kan?..selalu makan kat seoul garden unlimited. Makan pon amek udang sotong daging je. Mee bihun buat-buat sombong jap. Tak usik pon. Sebab cepat mengenyangkan. Tapi.. hihiii takleh makan selalu lah. Bangkrup saya. Kat santai ni harga dia RM25 per set. Korang nak makan 2 orang ke 4 orang ke rega dia RM25 jeeeeeewww.

Wednesday, May 23, 2012

jom join bloglist Fatin


ini adalah segmen kedua aku join harini. 




ayuh kawan-kawan kita ramai-ramai join segment ini. tambah kenalan ♥

Monday, May 21, 2012

my 23rd besday celebration

haiiihhh.. lama betol aku tunggu gambar dari incik mat amin. baru dapat.
huhu..nak cite ape ek?..hmmm...( thinking..zzzz)




                                                                  acara memotong kek . :)
                                 ohkey!..actually celebration ni sekali adalah untuk mctiey dan me.
untuk me..belated la coz dah berlalu beberapa hari dah.
untuk mctiey in advance lah coz besday dia masa cuti nanti. 
so mr cibo dia dah plan ngan myB untuk awalkan and wat sekali ngan mine.




 haha..plan bagus incik mat amin ngn capix..
tup2 terkantoi gak ngan me. 
gara-gara bbm..kuakuakua...


teman-teman yang sporting.. muka lama dan muka baru.
 tapi rasanya celebration tahun lepas lagi ramai 




photo paling cute for me. pakai spek itulah mastermind saya.
tenkiu incik mat amin..


cakapkatdirisendiri: rasa-rasa tahun lepas xsegumuk tahun ni..oh

Saturday, May 19, 2012

my 1st besday cake



dia : "awak..saya mampu belikan t-shirt je untuk besday awak kali ini".
aku :.."hmmmm..itsokey. i tak harapkan pape pon dari u. i taw u tengah kering sekarang kan. itsokey tahun depan panjang umur ada masa lagi".. ( eceeehhhhh...sedih )


taraaaaaaaaaaaaa.... suprise..!!!!


inilah "t-shirt" nye kan.. i got it on 12.10 am ( 9/5/2012 )
thanks to my gendot, atiey, chaya and anis.
friends forever ♥


* abaikan part MY GEMOK tuh..GENDOT memang suka panggil aku gemok!!..ggrrrr

Friday, May 18, 2012

SEGMEN : saya blogger dari universiti ? by AFIFAH DALILIEY



ni 1st time aku join segmen. tajuk dia pon simple. tak payah nak karang panjang-panjang kan :)

okeyh.. aku dari Unikl BMI 
nama panjang dia UNIVERSITI KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE
baru sahaja merdeka dari bertungkus-lumus jawab final exam sem6 semalam. 
amek kos Bachelor Engineering Technology in Medical Electronics
kos ni lebih kurang macam Biomedical lah
tapi dia more to electronics and medical..
electronics + electrical + physics + chemistry + biology + management =qwertyuiosdfghjkxcvbn
insyaallah hujung tahun depan dah boleh grad. otak pon dah serabut macam circuit electronics dah ni..
tata.. :)


yeaaa..!!! saya sudah habis payperrr..!!! 
dah merdeka!.. haha ..
to all my friends yang masih lagi bertungkus lumus study
 menghafal mengira untuk paper petang ini.. GOODLUCK ya!. 
especially to my cayang mat amin 
and my bunga's anis, chaya and mctiey!..
and congratulation my old friends from MRSM Lenggong dulu yang dah grad. 
saya??
tahun depan baru grad.
 insyaallah

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru + zaman persekolahan ku

semua orang dah post pasal hari guru. aku lambat sikit. bukan kurang menghargai tapi rajin study. ceewah. hasil didikan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya maka saya kini menjadi seorang yang rajin.hahaha. ini kisah persekolahan saya

1995: bersekolah di tadika KEMAS  an-nisa, kampung kutan. cikgu tadika nama Allahyarhamah Cikgu Zubaidah. seorang yang baik hati dan penuh sifat keibuan. mengajar saya mengenali ABC , 123.... dan seterusnya. tapi beliau lebih di sayangi Allah dan di jemput awal selepas menderita kanser payudara. al fatihah...


1996 : dari TADIKA KEMAS beralih pula ke sekolah agama. TASKI AL-FALAHIAH. maaf terlupa nama cikgu-cikgunya. 


1997-2001: SEK KEB KUTAN.. selamat hari guru kepada cikgu Rabiah yang suka tarik 3 helai rambut studen sebagai denda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau terlupa membawa buku rekod prestasi. selalu nya saya kena denda sebab terlupa bawa buku rekod. dari kecil lagi saya memang seorang pelupa :). tidak lupa kepada cikgu Pauzi yang mengajar subjek Sains sehingga saya di anugerahi gelaran "Doctor Muda" beberapa kali dan Teacher Lizaazwati yang mengajar English dan Choral Speaking. Tidak lupa juga buat Cikgu Ghani guru disiplin merangkap guru pengawas yang di geruni oleh pelajar mahupun pengawas sendiri.

2002-2006: Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di MRSM Lenggong, Perak. Cikgu Azni yang masih update perkembangan studentnya sehingga kini, cikgu Ali guru KH yang selalu mengadakan aktiviti masak -masak since kami semua terpaksa mengambil Kemahiran Hidup KMT dan bukan ERT maka tiadalah tempat untuk kami mengasah bakat memasak..kepada Ustaz Khushairi yang telah menjadi orang pertama merotan saya kerana tidak berjemaah subuh di surau, mendenda solat di atas jalan tar akibat ponteng maghrib di surau. huhu..kenangan manis sebenarnya even time tuh solat tak khusyuk sebab marahkan orang yang mendenda. Untuk Miss Faye yang pernah mendenda kami satu geng berdiri di tengah panas  sebab bising menyabut hari lahir kawan. ( time ni dia suruh kami berdiri pakai baju sekolah time orang lain prep dan bagitahu hukuman akan selesai bila dia sudah puas hati. tapi dia balik tidur. nasib baik di selamatkan oleh PK HEM..huhu ). dan special wish to Cikgu Majid yang telah menjadi ayah angkat saya since form1 saya telah kematian ayah. 









2007-2012: Selamat Hari guru untuk lecturer UniKL BMI. walaupun anda di gelar "LECTURER" tapi anda tetap seorang pendidik.



THANK YOU SEMUA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN YANG BERJASA

exam mood





setiap kali musim exam.. maka penyakit rajin berblogging datang menyerang sehingga boleh di masukkan ke ICU. 
rajin blogwalking , rajin update belog , rajin comment rajin tinggal jejak. hoh!.
esok saya ada paper. last paper for this sem. dah taksabar nak habis paper. wish me luck!.


tata..

Tuesday, May 15, 2012

10K ?..eh 13 K lah..

baru lepas habis meeting dengan orang atasan..ceehh.. incik mirul di angkat jadi orang atasan pulak. baiklah.straight to the point. good news... kelab aku.. 
Student Entrepreneurship Association 

baru je dapat peruntukan 10 K.. tambah lagi 3K untuk salah satu subclub under kami. SIFE. congratulation SIFE. anda dapat lebih dari orang lain..huhu.. so poning nak memikirkan plan menghabiskan duit-duit ituh.cewaaaahhh... akukaya akukaya.. padahal bukan duit aku pon. kalo duit sendiri dah lama aku ajak incik mat amin g boli  jeans guess idaman kalbu. 

so kalo korang la..duit banyak tuh apa yang korang akan plan untuk kelab korang?.. pape aktiviti tapi biasalah kita sebagai mahasiswa yang berdedikasi kena lah mengadakan aktiviti yang BERPAEDAH!. hihi..tajuk aktiviti mesti ilmiah. tapi nak nyelit enjoy-enjoy tuh jangan lah mention dalam proposal.ye dok?..kantoiiiii la nanti.


* moodexcitednakhabiskanduit.gagagagagaga

Monday, May 14, 2012

12 & 13 may 2012

susahnya nak smbung focus study balik lepas enjoy sakan + bercuti panjang kan?
adoiii banyak nya nak kena baca. lepas jumaat arituh dah packing barang dah sikit-sikit kononye dah merdeka(merdeka jap jeeeee....) . jumaat malam melalak 3 jam kat ktv family karoke. my fren sponsor for celebrating my besday. 

petang esoknye pulak ( sabtu ) kena preeeng ngan kawan-kawan. celebrate besday aku dgn atiey in advance kat taman tasik layang-layang kepong. bersalji lagi aku dengan sekilo tepung. kejam kan diorang. gara-gara takmau kena balas dendam sekilo sekaligus curah tepong kat  aku dengan atiey. enjoy sakan la kami hari tuh. takcukup petang sambung malam plak. 

OVERNITE!

tengok midnite "dark shadow" kat wangsawalk. aku...zzzzzzzzzzzzz...start cite sampai habis aku......zzzzzzzzzzz
hahaaahahaha..sorilah aku kalo midnite neh jarangla nak tongkat mata. kena plak dok 2nd lane. memang melangut la tengok cite. daripada aku sakit leher + kepala baik aku....zzzzzzzzzzz..hahahaha. 2 kereta kami overnite malam tuh. pukul 6 pagi masuk college. terus zzzzzzzzzz.. ( tido lagih!).. kira semalam seharian aku tido lah. ( bangun gak kejap2 tapi sumpah aku  taklarat weh).. 

roomate aku terer giler. boleh lagih dia keluar.haiiihh..padahal aku je yang buat taik mata masa tengok midnite movie. aku jugaklah orang yang buat taik mata masa diorang lepak-lepak kat lookup point ampang. aku??..zzzzzzzzzzz dalam keta!..

khamis ni masih ada peperangan. last war for sem6. chaiyyok2.. dah kena start isi peluru dah neh.

k byebye♥

Saturday, May 12, 2012

salji wangi

yeah..saya dah 23 tahun dah
dah boley lah tuh bawak-bawak berubah perangai ye cik yasmin
umur dah layak kawen nih...gatai
tapi orangnye xbesar-besar jugak.
haiiihh...


nak cita cket about my besday celebration
xcelli xdelah celebrate sangat. 
malam tuh orang-orang terdekat dok wat perangaii..


mctiey awal-awal lagi message wish "happy besday"..
katanya nak wish awal sebab mengantok then esok paginya dia ada killer paper
rumet pon xdak kat bilik. so kul 12 tuh..
"haiiihhhh bakpo xdok orang tepon wish ni." 
limaminit berlalu pon still takda call. ok fine semua orang busy kan.
sedihnya lamhati ni.. 

15 minit camtuh rumet aku masuk bilik. wat selamba badaknye.
"budak ni ingat ke tak ingat besday aku nih. tawlah esok ada killer paper."'
dia masuk, bukak loker senyap je. taktegor aku pon. haaihhh bertambah-tambah touching nye.
so aku tunduk muka ngadap laptop sambil blogwalking.
theeeeennnnn...


"HAPPY BESDAY YASMIN..!!!"
ketika itu jugakla ada salji debu putih dan wangi. (bedak Johnson baby)

ceeiiitttt aku terkena.
then aku assume habis kat ctuh jelah. tetiba mctiey masuk bawak cake besday.seyes beb!.aku taksangka.. then tengah-tengah kalut nak potong cake tuh ada call masuk
" abiya calling..."

-------------------------------------------------------------------
abiya:   " hello..happy besday."
aku:      " hmm..tengs.. k lah busy neh. nak potong cake"
abiya:   "kek?..cake sape?"
aku:      "cake i la. kawan-kawan bagi. klah. bye"
--------------------------------------------------------------------------

potong cake dan makan sambil-sambil calit icing. balas dendam kat anis sebab masa besday pakwe fafau harituh dia balik dengan comelote nye.tapi mangsanya .. 
tentulah cadar, sarung bantal dan lantai bilik aku yang terkena!!
sonok-sonok makan main calit-calit aising, mctiey tanya..

---------------------------------------------------------------------
mctiey:  " taw tak sape sponsor cake neh?"
aku:      "entah. korang la kot"
mctiey: "haha bukanlah. abam mung yang sponsor"
aku:      " gurpp..aaaaaaa??????????"
----------------------------------------------------------------------
alamak malunyatadi jawab call bukan main kerek lagi. konon-konon majoklah sebab lambat wish.gagaggaga


anyway sayang... tengs for the cake. u taw kan i suka sangat surprise even it is a small thing.
an to my friends yang wish especially SHERA yang wish awal-awal a day before then repeat wish and ACTRESS yang cunmelecun, HASYATIE, ANIS, CHAYA and FAFAU.. tengsss so much. tengss jadikan saya cinderella esok nya kena mop lantai + basuh cadar + sarung bantal pakai tangan.

I LOVE U ALL

p/s: gambar xdop. ada dalam hp fafau and atiey. and yang paling sedih tuh.. excited sangat sampai lupa nak baca tulisan atas cake tuh!.  :(

Sunday, May 6, 2012

habit

esok dah start exam..
tapi time-time neh la tetiba datang habit jadi rajin nak blogwalking la.
.jumpe blog-blogbest la..blog fashion la, make-up lah..
dugaan-dugaan. takpelah orang kate menjamu mata yek.
penatpenat bosanbosan mengadap nota kita mengadap blog. 
tapi masalahnye apa yang baca kat blog lagi cepat masuk kat otak neh.
 yang nak masuk exam baca berkali-kali pon bapa percent je yang ingat. 
dugaan-dugaan. agakagak esok ada tak soklan 



1. namakan blog pilihan anda

2. blog manakah yang sedang mengadakan "giveaway"?



hakhak..mampussss, fokusfokus.esok exam ye cik yasmin oiii..final dah ni

GOODLUCK TO ALL UNIKL STUDENT!!

Thursday, May 3, 2012

POPCORN SNEK YANG COMEL



korang suka makan popcorn tak???
aku suka sangat-sangat. semalam kat area college aku neh ada pasar malam.ada satu tempat je yang jual popcorn. nak beli selalunya kena tunggu lama ikot turn la. majoriti yang menunggu adalah student perempuan UIA dan UNIKL BMI. yang laki??..diorang tak suka popcorn kowt (0_0)
dah 2minggu aku xdapat beli popcorn so semalam konon-konon balas dendam la aku beli popcorn nampeket tuh.. makcik tuh jual 3paket RM5.. so RM10 la aku laburkan untuk popcorn je. ( untuk stok sambil study sambil makan.eh aku cam sambil makan sambil study sebab yang masuk mulot lebih banyak dari yang masuk otak )..kehkehkeh...

image dari google. 

popcorn ni buka sebarang jajan ohkey. dia ada khasiat tersendiri. popcorn kalo yang takde minyak mengandungi 30 kalori. kalo yang ada minyak 55 kalori je walaupon ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja.’Popcorn’ bukan sahaja kaya dengan karbohidrat,rendah lemak,tetapi berserat tinggi juga.Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan dan sodaaaappp
.American Dietetic Associationmenyenaraikan ‘popcorn’ sebagai snek berserat tinggi dalam senarai “10 Great Ways to Fiber Up”The American Diabetes Association pula menyatakan bahawa ‘pocorn’ sebagai pengganti kanji dalam diet mengawal berat badan.. ( kurus..kurus..kurus...)



sumber dari: internet

Wednesday, May 2, 2012

MONYET MASUK U..

sakit tekak aku menjerit - jerit gara-gara sekor monyet besar + hitam dan muka bengis. 
tengah syok-syok aku dok blogwalking tetiba bunyi bising dari tingkap pandang ke arahh meja study aku..terkejut monyet aku tengok makhluk hitam berbulu-bulu tuh jengul kan kepala ikot celah-celah gril bilik aku. 

tangan dia plak tengah berusaha gigih nk keluarkan aku punye lilin wangi dari lubang gril yang bawah cket tuh. menjerit0jerit la aku pe lagi..abeh terkeluar suara-suara garau. xde control2 dah. jiran depan pon ikot bukak pintu. depa soh aku amek penyapu acah-acah monyet tuh. tp..mak aiihh tak makan saman punya monyet. dia boleh plak wt muka garang pandang aku gaya takpuas hati. 

then dia panjat naik ke bilik atas. so aku ngan rasa takot-takot lagi p lah nak tutup tingkap kan..
then monyet tuh jengul balik muka huduh dia tuh sambil wat aksi nak terkam masuk bilik aku. menjerit lagi la aku..budak-budak depan kata apa.." ingat drama dah abeh,upenya ada lagi"
seb bek la ada junior tolong halaukan. dia pegang penyapu ketok2 kat langsir tuh then aku plak cepat-cepat tutup tingkap.selamat...


then aku sambung la berjalan-jalan kat blog orang neh..

10 minit kemudian..


"aaarrrrrgghhhhhhh..monyet2.. weh monyet"


bilik depan aku plak kena serang..gggrrrrr monyet ni memang la xmakan saman kan. then junior yang tolong aku td jugakla pg halau kat bilik depan neh. 

# monyet sekarang kat BMI neh memang jenis yang tak takot orang gamaknye. then dia bukan merompak makanan. tapi lipstik, kotex, pensel case then perhiasan atas meja study tuh. kalo dia dapat masuk bilik lagi la beraya sakan kacau bilaukan bilik orang. sabun pon dia curik weh. nak buat mandi kot ye 




kalo monyet rupa camni takpe la jugak..comey.. muka mintak belas kesian je aku nengoknye

nilai sebuah persahabatan

dear  my love..shahira ..

thanks for a special post about me..

ni kire reply post for u la dear..
i'm so lucky to have a friend, also best girlfriend like u..
but we almost like a sibling rite?..i'm ur papa's anak angkat..huhu




U langsung takberkira dengan i kan. terharu sangat i..sobsssobss.. 
yelah i bukan cam u kan dear.
 i dapat merasa makan kat Seoul Garden pon becoz of u..





kita ni di ibarat kan seperti saling melengkapi antara satu sama lain kan.
 U kurus I GEMOK
U tinggi I PENDEK
U tanned sket I CERAH SKET
U kuat I plak selalo kena BULI





even we are too close but we never celebrate or give/ receive besday present from each other.
.hahaha weird kan kita ni..hihihi..anyway besday i dah nak dekat neh..hahaha..
 gurau je lah dear.. i never expect anything from u except our frendship. 


I LOVE U SOOO MUCH..
U ARE MY STRENGTH
U ARE MY SUPERB GIRL
U ARE MY SIBLING





4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

hye..actually entry ni dah lame jadi draft lam bloglist aku..malam ni je tetiba rajin nak update..



seperti yang kita tahu Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta sudah menjadi salah satu acara wajib tahunan Malaysia. 4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012 bermakna sudah 4 tahun jua lah acara ini di adakan.

  malas nak menaip.kering idea gara-gara menyetelkan pregress report siang tadi dan malam ini. so layan je gambar-gambar ini owhkey ♥



banyak nye belooonnnn..macam-macam kaler ade





belon di atas sangat saya suka..comey kan :)..winkwink





belon pokok ni baru nak terbang. orang baru tgah isi gas. macam pam belon kat pasar malam pon ada. sikit-sikit lama - lama belom=n pon dapat terbang ke udara..ohyeaahhhh





belon yang kat atas tuh..dah boleh terbang..( belon terbang ek..)



sepasang badut yang menghiburkan para pengunjung pada hari tersebut


URUTAN UNTUK KURUS







1. mulakan urutan dari belakang tengkuk menurun ke bahagian bahu. urut dengan teknik men cakar ( cakar ayam harimau )

2. kemudian, urut bermula dari atas bahu tarik terus ke tengkuk hingga ke tengah-tengah tengkuk ( halkum )

3. selepas istu, mulakan daripada bahagian tepi dada, tarik terus ke ketiak. setiap langkah diulangi sebanyak 7x

4. kemudian, urutan untuk pinggang. lakukan urutan dari bawah ke atas iaitu dari pinggang ke tulang rusuk

5. untuk bahagian paha, boleh dilakukan dengan bermula daripada bahagian dalam kaki/paha. urut secara menaik hingga pangkal perut

6. pada bahagian perut, urut dari atas ke pusat , tepi ke pusat dan bawah ke pusat.

7. begitu juga dengan bahagian tepi paha, urut dari bawah ke atas.


# SELAMAT MENCUBA..♥♥♥